Minda Hijrah Headline Animator

Friday, November 25, 2011

Siri 1 Akta Veteran 2011 : Tentangan Presiden PBTM & PVTM atas kepentingan peribadi?

Bagai melepaskan anjing yang tersepit, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Dato' Hj Muhammad bin Hj Abdul Ghani dan Presiden Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju bertindak menentang keputusan kerajaan untuk membentangkan Akta Veteran 2011 di Parlimen atas alasan yang tidak munasabah dan mengelirukan ahli persatuan masing-masing.

 

Umum melihat bahawa penentangan oleh 2 orang Presiden persatuan bekas tentera ini lebih kepada untuk menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak mahu kegiatan persatuan diaudit secara telus olhe pihak kerajaan. Masakan tidak hanya PBTM dan PVTM sahaja yang menentang dari sejumlah 43 persatuan-persatuan bekas tentera dan kelab veteran yang berdaftar.

 

Presiden PVTM, Ali Tinju yang terkenal dengan sikap panas baran dan hobi memaki hamun lawannya didakwa bertindak mengecam dan mencaci semua pihak yang menyokong Akta Veteran 2011 termasuk Menteri Pertahanan (Menhan) sendiri, YB DS Ahmad Zahid Hamidi yang selama ini banyak membantu beliau menjayakan aktiviti dan program2 dalam PVTM. Blog ini juga pernah mendedahkan bagaimana Ali Tinju membuat pengakuan menipu dan cubaan membeli gelaran 'Datuk' untuk kepentingan peribadi. Nah! Ini manusia secara tiba2 muncul mahu menjadi jaguh kononnya untuk menjaga kebajikan veteran Tentera Melayu.

 

Manakala Presiden PBTM, Dato' Muhammad telah memulakan langkah dengan penyiaran artikel yang menyerang DS Ahmad Zahid Hamidi di muka depan laman web rasmi PBTM. Ianya tidak terhenti setakat itu, beliau dipercayai akan mengusulkan penentangan terhadap Akta Veteran 2011 dalam AGM PBTM nanti. Kredibiliti beliau dalam menentang Akta Veteran 2011 tercabar apabila Timbalan Presiden PBTM dan Naib Presiden PBTM bertindak menyokong Akta Veteran 2011. Nah ! bukankah tidak mustahil wujud kepentingan peribadi untuk Presiden tidak sepakat dalam isu ini ?

 

Kembali kepada persoalan pokok. Kenapa 2 orang manusia ini menentang Akta Veteran 2011? Isu ini pernah dibincangkan dalam blog ini tentang Fasal 17 yang menjadi igauan mimpin ngeri 2 orang Presiden Persatuan bekas Tentera.yang mungkin mahu mati dalam jawatan.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam artikel seterusnya bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan dan YB Menhan selama ini.

 

Persoalan kedua-dua manusia lupa diri ini bahawa Fasal 17 Akta Veteran 2011 hanya akan merugikan persatuan2 bekas tentera adalah satu pembohongan dan muslihat jahat seolah2 KERAJAAN MALAYSIA akan menipu dan mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas anggota tentera yang telah menabur bakti kepada negara.

 

Dato' Muhammad dan Ali Tinju ini sebenarnya 'Duri dalam daging" dan "Musang berbulu ayam !!!"

 

3 comments:

  1. geng mat saboo kot??

    ReplyDelete
  2. kita suspect begitu juga. Hairan kenapa kedua2 mereka bukan main hebat kempen menentang Akta Veteran yg dibuat kerajaan. Saya percaya pembangkang dalang di belakang mereka :)

    ReplyDelete
  3. Saya pula tidak percaya pembangkang dalang dibelakang merika....kerana merika kerap *membodek* kerajaan juga. Penentangan kedua-dua merika ini adalah kerana satu tujuan saja.....agar merika tidak kehilangan status *presiden* masing-masing. That's very obvious!

    ReplyDelete