Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 11, 2012

BN Gombak: Majlis Penyampaian Baucar #BR1M DUN Hulu Kelang

Warga Hulu Kelang yang layak mendapat baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia telah berada di SK Taman Melawati seawal jam 8 pagi. Menurut pegawai bertugas, majlis ini akan diadakan 4 sessi untuk hari ini (Sabtu)dan esok (Ahad) kerana bilangan penerima BR1M yang ramai dan diluar jangkaan.

Setakat ini, perjalanan program berjalan lancar dengan sistem kerja yang teratur. Warga emas diberi keutamaan ketika pendaftaran.

Ketika ini, orang ramai sedang berada dalam dewan selepas pendaftaran dan pengesahan bagi Majlis Penyerahan Baucar yang akan disampaikan oleh Pengerusi BN Gombak Tuan Haji Kamarudin.

Laporan lanjut menyusul.

No comments:

Post a Comment