Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 15, 2012

BN GOMBAK SAMPAIKAN BR1M, BANG AJI PAS HULU KELANG SEBUT ALHAMDULILLAH

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada bajet 2012 membolehkan rakyat Malaysia yang layak menerima RM500.

Bagi Dun Hulu Kelang, majlis penyerahan baucar BR1M dijalankan Sabtu dan Ahad lepas dengan lancarnya tanpa sebarang insiden dan penipuan. Seramai 1600 penerima yang layak menerima baucar BR1M disampaikan oleh Ketua UMNO Gombak merangkap Pengerusi BN Gombak Tuan Haji Rahim Kamarudin.

Pada hari Ahad menyaksikan ramai kalangan penyokong kuat PAS hadir menerima baucar BR1M tanpa sebarang prejudis terhadap majlis yang dianjurkan oleh BN Gombak. Ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa BR1M adalah rasuah pilihanraya kerana kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak memberi bantuan tanpa mengira latar belakang politik.

Malah sempat dirakamkan orang kuat PAS Hulu Kelang hadir menerima baucar dari Tuan Haji Rahim Kamarudin yang juga penyelaras Dun Hulu Kelang dan menunaikan baucar dalam bentuk tunai RM500 sambil melafazkan kesyukuran kepada Allah, Alhamdulillah.

Apa-apa pun, kelancaran majlis penyampaian baucar BR1M Dun Hulu Kelang dengan kaedah sistematik menggunakan angka giliran mendapat pujian semua pihak.

No comments:

Post a Comment